..

..
..

Anasir Taghyir

Manakala mereka mencari jalan penyelesaian maka Allah mengetahui tiada sebarang pemikiran(asing) yang menjajahi minda mereka dan tiada hawa nafsu yang bertapak dijiwa mereka.Tiada perkara lain yang membelenggui pemikiran mereka seumpama perkara ini.Mereka menanggung segala bebanan ini lantaran keimanan yang kuat dan akidah yang padu.



Sabtu, 5 Jun 2010

Syaitan:Kenali musuh utama anda

Syaitan merupakan makhluk Allah yang diciptakan daripada api. Syaitan ialah musuh utama bagi seorang mukmin seperti yang kerap kali diulang oleh Allah SWT di dalam Al-Quran.

Antaranya, dalam Surah Faatir ayat ke enam ;

إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ

Maksudnya :
Sesungguhnya syaitan ialah musuh kepada kamu, maka jadikanlah dia musuh. Sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi penduduk neraka.

Kita haruslah sedaya upaya berusaha menjauhi amalan-amalan yang diwarisi daripada syaitan atau perbuatan yang boleh menyebabkan kita menjadi pengikutnya. Walaupun kita berdepan dengan musuh yang tidak dapat dilihat, hadis-hadis Rasulullah SAW banyak mendedahkan hakikat sebenar syaitan dan cara-cara untuk menghindari tipu muslihatnya.


Di sini dinyatakan hadis-hadis mengenai perkara ini untuk panduan kita bersama. Iaitu ;

1. Syaitan makan dan minum dengan tangan kiri :

Sabda Rasulullah SAW ;

" Apabila seseorang daripada kalian makan, maka makanlah dengan tangan kanannya dan apabila minum, maka minumlah dengan tangan kanannya. Ini kerana sesungguhnya, syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya. "
( Riwayat Imam Muslim)


Berusahalah sedaya-upaya makan dengan tangan kanan walaupun anda seorang yang kidal. Sekiranya anda makan dengan menggunakan sudu dan garpu, suaplah ke mulut dengan tangan kanan agar tidak menyerupai syaitan yang makan dengan tangan kiri.

2. Syaitan minum dan makan dalam keadaan berdiri :

Rasulullah SAW melihat seseorang yang minum sambil berdiri.

Baginda menegur, " Jangan begitu! "

Orang itu bertanya, " Mengapa? "

Rasulullah menjawab, " Adakah kamu suka minum bersama kucing? "

Orang itu menjawab, " Tidak. "

Rasulullah SAW meneruskan:

" Sesungguhnya telah ikut serta minum bersama kamu sesuatu yang lebih buruk daripadanya, iaitu syaitan. "
( Riwayat al-Darimiy dengan sanad yang sahih)


Oleh itu, elakkan minum sambil berdiri kecuali dalam keadaan yang tidak mengizinkan seperti keadaan yang sesak dengan orang ramai atau kawasan yang kotor.

3. Syaitan ketawa apabila menguap sehingga mengeluarkan bunyi :

Sekiranya anda menguap, ingatlah itu adalah daripada syaitan.

Sabda Nabi Muhammad SAW ;

" Menguap adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang daripada kalian menguap, tahanlah sedaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang kalian menguap sambil berbunyi 'Haaa', maka ketawalah syaitan. "
( Riwayat Imam Al-Bukhari)


Jika tidak dapat menahan diri daripada menguap, maka tutuplah mulut dengan tangan dan berusaha tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Ini berdasarkan hadis ;

" Jika seseorang kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka). "
( Riwayat Imam Muslim)

4. Syaitan kencing di telinga :

Apabila seseorang itu tidur sehingga pagi hari maka syaitan kencing di kedua belah telinganya seperti di dalam hadis riwayat Imam Al-Bukhari yang bermaksud ;

" Itu ialah orang yang syaitan telah kencing di dalam kedua-dua telinganya atau salah satu telinganya. "

Rasulullah SAW berkata demikian apabila diceritakan kepada baginda tentang seseorang yang tidur sehingga pagi.

5. Syaitan dapat makan, minum dan tempat bermalam :

Imam Muslim meriwayatkan hadis yang bermaksud ;

Apabila seseorang itu memasuki rumahnya dan mengingati Allah dengan membaca'Bismillah' ketika memasukinya dan ketika ingin makan, berkatalah syaitan kepada golongannya ;

" Kalian tidak memiliki tempat untuk bermalam dan tidak juga memiliki makanan malam. "

Sebaliknya apabila seseorang itu memasuki rumah dan tidak mengingati Allah ketika memasukinya, berkatalah syaitan kepada golongannya ;

" Kalian telah mendapat tempat bermalam. "

Apabila seseorang tidak mengingati Allah ketika makan, maka berkatalah syaitan kepada golongannya ;

" Kalian telah mendapat tempat bermalam dan makan malam. "

Menyebut nama Allah ( Bismillah) ini dituntut juga ketika keluar dari rumah, menutup bekas-bekas makanan dan minuman, ketika menutup pintu dan tingkap agar terselamat daripada gangguan syaitan.

6. Syaitan makan sisa-sisa makanan :

Apabila Rasulullah SAW makan, baginda menjilat jari-jarinya sebanyak tiga kali.

Anas berkata, bahawa Rasulullah bersabda ;

" Jika sesuatu makanan seseorang kalian jatuh, hendaklah dia mengambilnya dan membersihkan sebarang kotoran yang melekat padanya lalu memakannya. Janganlah meninggalkannya untuk syaitan. "

Anas melanjutkan ;

" Rasulullah juga menyuruh kami untuk menghabiskan sebarang sisa makanan. "

Baginda berpesan ;

" Ini kerana kalian tidak tahu di bahagian manakah pada makanan kalian terdapat keberkatan. "
( Riwayat Imam Muslim)


Tidak usahlah anda menjadi pemurah kepada syaitan dengan membiarkan sisa-sisa makanan. Entah berapa ramai yang tamak ketika makan sehingga menyebabkan makanan berlebihan dibiarkan untuk santapan musuhnya sendiri.

7. Orang yang membazir ialah saudara syaitan:

" Siapakah yang telah mempersaudarakan seorang yang membazir dengan syaitan?. "

Allah sendiri yang mempersaudarakan antara keduanya.

Firman Allah SWT ;

إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا

Maksudnya :
Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu ialah saudara-saudara syaitan.
(Surah Al-Isra' ayat 27)


8. Syaitan mengganggu ibadat manusia :

Sahabat bernama ‘Uthman bin Abi al-‘Ash mengadu kepada Rasulullah SAW ;

" Wahai Rasulullah! Sesungguhnya syaitan menghalang antaraku dan solat serta bacaan Al-Quran ku, dan ia selalu mengelirukan aku. "

Maka Rasulullah menjawab ;

" Itulah syaitan yang disebut sebagai 'Khanzab', maka apabila merasai gangguannya, mohonlah perlindungan Allah dan ludahlah ke kiri sebanyak tiga kali. ‘Uthman bin al-‘Ash kemudian berkata; " Aku melakukan itu dan Allah menjauhkan gangguan syaitan itu dariku. "
(Imam Muslim)



9. Sikap terburu-buru adalah daripada syaitan :

Kadang-kadang kita bersikap terburu-buru di dalam melakukan sesuatu perkara yang menyebabkan kita menghadapi kerugian, kualiti kerja yang merosot dan sebagainya. Sikap gopoh dan terburu-buru ini adalah antara hasutan syaitan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud ;

" Ketenangan adalah daripada Allah manakala tergesa-gesa adalah daripada syaitan. "
( Imam Al-Baihaqiy)

10. Sikap cemburu adalah daripada syaitan :

Cemburu di sini ialah cemburu membabi-buta tanpa bukti dan usul periksa. Seperti hadis Aishah R.A. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud ;

" Apa yang terjadi kepada kamu, wahai Aishah? Adakah kamu cemburu? "

" Takkanlah aku tidak cemburu kepada orang seperti anda? "


Kemudian Rasulullah SAW melanjutkan ;

"Apakah telah datang kepadamu syaitan kamu?"

" Wahai Rasulullah! Apakah bersama aku ada syaitan? "

" Ya. "

" Dan apakah syaitan itu ada di setiap manusia? "

" Ya. "

" Apakah syaitan juga bersama kamu wahai Rasulullah? "

" Ya, akan tetapi Tuhanku telah menolongku daripadanya. "


11. Perasaan marah adalah daripada syaitan :

Apabila seseorang itu di dalam keadaan marah, syaitan menguasai dirinya sehingga sanggup melakukan perkara di luar batas kemanusiaan. Perkara ini boleh diatasi dengan membaca 'istiqhfar' .

Sulaiman Bin Surd berkata ;

Ketika aku sedang duduk bersama Nabi SAW, terdapat dua orang sedang bertengkar sehingga salah seorang daripada mereka menjadi merah wajahnya dan urat-urat lehernya timbul.

Maka Nabi SAW bersabda ;

" Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah yang jika diucapkan nescaya kemarahannya akan hilang. Iaitu sebutlah 'A'uzubillahi minash syaitan' nescaya kemarahannya akan hilang. "
( Imam al-Bukhari)

12. Syaitan gemar berkeliaran pada waktu senja :


Kita sering dilarang oleh ibu bapa kita supaya tidak berada di luar rumah pada waktu senja.

Pesanan ini berasal daripada Rasulullah SAW yang bermaksud ;

" Apabila malam menjelang tiba, maka tahanlah anak-anak kalian (daripada keluar) kerana sesungguhnya pada waktu itu syaitan-syaitan berkeliaran. Apabila telah berlalu waktu Isya', maka lepaskanlah mereka. "
(Imam Al-Bukhari)

13. Pasar adalah tempat kegemaran syaitan :

Tempat-tempat seperti ini merupakan tempat syaitan melepak.

Rasulullah SAW bersabda ;

" Selagi mampu, janganlah menjadi orang yang pertama memasuki pasar dan janganlah menjadi orang terakhir yang keluar dari pasar kerana sesungguhnya pasar ialah medan tempur syaitan dan di situlah benderanya dipacakkan. "
( Imam Muslim)


Pada masa kini pusat membeli belah, pasaraya dan bursa saham juga termasuk di dalam hadis di atas.

14. Syaitan boleh membesar seperti rumah :


Imam Ahmad Bin Hanbal dalam musnadnya meriwayatkan dari seseorang yang dibonceng oleh Nabi SAW. Dia berkata , " Tunggangan Nabi SAW tergelincir, maka aku katakan celaka syaitan. "

Nabi SAW bersabda :

" Janganlah kalian menyebut 'Celakalah syaitan!' kerana apabila engkau mengatakannya, syaitan akan membesar sehingga sebesar rumah dan berkata, 'Demi kekuatanku!' . Sebaliknya sebutlah 'Bismillah!' kerana apabila engkau mengatakannya syaitan akan mengecil sehingga sekecil lalat. "

Demikian sebahagian himpunan hadis-hadis yang berkaitan dengan syaitan. Semoga perkongsian ini dapat membantu kita untuk lebih berhati-hati dalam menjalani kehidupan seharian agar selamat dan terpelihara daripada musuh nombor satu. Mudah-mudahan kita semua sentiasa mendapat perlindungan daripada Allah SWT daripada muslihat, godaan dan tipu daya syaitan.

Redha dan Ikhlas

1) Sifat redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah kepada Allah s.w.t.
2) Pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t.
3) Redha terhadap Allah s.w.t terbahagi kepada dua :
Redha menerima peraturan ( hukum ) Allah s.w.t. yang dibebankan kepada manusia.
Redha menerima ketentuan Allah s.w.t. tentang nasib yang mengenai diri.
Redha Menerima hukum Allah s.w.t. :
Redha menerima hukum-hukum Allah s.w.t. adalah merupakan manifestasi daripada kesempurnaan iman, kemuliaan taqwa dan kepatuhan kepada Allah s.w.t. kerana menerima peraturan-peraturan itu dengan segala senang hati dan tidak merasa terpaksa atau dipaksa.
Merasa tunduk dan patuh dengan segala kelapangan dada bahkan dengan gembira dan senang menerima syariat yang digariskan oleh Allah s.w.t. dan Rasulnya adalah memancar dari mahabbah kerana cinta kepada Allah s.w.t. dan inilah tanda keimanan yang murni serta tulus ikhlas kepadaNya.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :" Tetapi tidak ! Demi Tuhanmu, mereka tidak dipandang beriman hingga mereka menjadikanmu ( Muhammad ) hakim dalam apa yang mereka perselisihkan di antara mereka, kemudian mereka tidak merasa sempit dalam hati mereka tentang apa yang engkau putuskan serta mereka menyerah dengan bersungguh - sungguh ". ( Surah An-Nisaa' : Ayat 65 )
Dan firman Allah s.w.t yang bermaksud : " Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasulnya berikan kepada mereka sambil mereka berkata : ' Cukuplah Allah bagi kami , Ia dan Rasulnya akan berikan pada kami kurnianya ,Sesungguhnya pada Allah kami menuju ".( Surah At Taubah : Ayat 59 )
Pada dasarnya segala perintah-perintah Allah s.w.t. baik yang wajib mahupun yang Sunnah ,hendaklah dikerjakan dengan senang hati dan redha. Demikian juga dengan larangan-larangan Allah s.w.t. hendaklah dijauhi dengan lapang dada .
Itulah sifat redha dengan hukum-hukum Allah s.w.t. Redha itu bertentangan dengan sifat dan sikap orang-orang munafik atau kafir yang benci dan sempit dadanya menerima hukum-hukum Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :" Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka ( yang munafik ) berkata kepada orang-orang yang di benci terhadap apa-apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t. 'Kami akan tuntut kamu dalam sebahagian urusan kamu ',Tetapi Allah mengetahui rahsia mereka ". ( Surah Muhammad : Ayat 26 )
Andaikata mereka ikut beribadah, bersedekah atau mengerjakan sembahyang maka ibadah itu mereka melakukannya dengan tidak redha dan bersifat pura-pura. Demikianlah gambaran perbandingan antara hati yang penuh redha dan yang tidak redha menerima hukum Allah s.w.t. , yang mana hati yang redha itu adalah buah daripada kemurnian iman dan yang tidak redha itu adalah gejala nifaq.
Redha Dengan Qada' :
Redha dengan qada' iaitu merasa menerima ketentuan nasib yang telah ditentukan Allah s.w.t baik berupa nikmat mahupun berupa musibah ( malapetaka ). Didalam hadis diungkapkan bahawa di antara orang yang pertama memasuki syurga ialah mereka yang suka memuji Allah s.w.t. . iaitu mereka memuji Allah ( bertahmid ) baik dalam keadaan yang susah mahupun di dalam keadaan senang.
Diberitakan Rasulullah s.a.w. apabila memperolehi kegembiraan Baginda berkata :" Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatnya menjadi sempurnalah kebaikan ".
Dan apabila kedatangan perkara yang tidak menyenangkan , Baginda mengucapkan : " Segala puji bagi Allah atas segala perkara ".
Perintah redha menerima ketentuan nasib daripada Allah s.w.t. dijelaskan didalam hadis Baginda yang lain yang bermaksud : " Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendakalah kamu katakan : Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat ! " Kerana sesungguhnya perkataan : andaikata... itu memberi peluang pada syaitan " . (Riwayat Muslim)
Sikap redha dengan mengucapkan puji dan syukur kepada Allah s.w.t. Ketika mendapat kesenangan atau sesuatu yang tidak menyenangkan bersandar kepada dua pengertian :
Pertama : Bertitik tolak dari pengertian bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. memastikan terjadinya hal itu sebagai yang layak bagi Dirinya kerana bagi Dialah sebaik-baik Pencipta. Dialah Yang Maha Bijaksana atas segala sesuatu.
Kedua : Bersandar kepada pengertian bahawa ketentuan dan pilihan Allah s.w.t. itulah yang paling baik , dibandingkan dengan pilihan dan kehendak peribadi yang berkaitan dengan diri sendiri.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ".( Riwayat Muslim )


Belajarlah untuk ikhlas.Sifat ikhlas ialah menumpukan niat bagi setiap ibadah atau kerja yang dilakukan semata-mata kerana Allah s.w.t. dan diqasadkan ( niat ) untuk menjunjung perintah semata-mata serta membersihkan hati dari dosa riya’ , ujub atau inginkan pujian manusia.
Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran yang bermaksud :
“ Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah s.w.t. dengan mengikhlaskan ibadah kepadanya , lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar “.( Surah Al-Bayyinah – Ayat 5 )
Setiap pekerjaan yang dilakukan hendaklah dibersihkan daripada sesuatu tujuan yang lain daripada taat kepada perintah Allah s.w.t. Hendaklah dibersihkan niat daripada sebab-sebab yang lain dari sifat-sifat yang keji ( sifat mazmumah ) seperti riya’ , ujub , inginkan kemasyhuran dan lain-lain lagi. Dalam meninggalkan larangan Allah s.w.t. hendaklah diniatkan untuk taat semata-mata bukan kerana malu kepada makhluk atau sebagainya. ( Rujukan Kitab - Mengenal Ilmu Tasawwuf – Mohd Sulaiman bin Hj. Yasin )

Sumber :
Al-Azim

Jumaat, 4 Jun 2010

Disebalik ibadah seorang 'abid/ah

bismillahirrhamanirrahim
,Macam mana cuti? pasti macam2 a"Jika kita beribadah, ditambah dengan ibadah2 tambahan yang lain, adakah tidak mengurangkan waktu kita, terutama pada zaman yang superCEPAT ini?"
pada waktu pemikiran cetek dahulu (zaman budak2), pernah juga terfikir soalan begini. astagnfirullah.. ada juga fikir:
"agaknya, orang kafir maju sebab mereka tak solat/ibadah macam kita. banyak2. Jadi mereka ada masa nak tingkatkan kemajuan dan sebagainya.."
(TOTALLY WRONG!)
sampailah.. saya terbaca satu buku, masyaAllah hujahnya mengagumkan!
(Dr. Yusuf AlQaradhawi) : *diringkaskan seperti berikut,
Sepatutnya perlu diingat, waktu yang sedikit kita guna untuk ibadah, bukanlah waktu yang terbuang percuma (buang begitu sahaja) bagi kehidupan dan meningkatkan hasil (kemajuan).
Tapi, ibadah menimbulkan KEKUATAN baru, KEMAHUAN baru, menjadikan jiwa supaya KUAT dan SANGGUP kembali ke tengah gelanggang perjuangan hidup.
Tidaklah tepat apabila sesuatu hanya diukur dengan perkara yang dapat dilihat sahaja, dengan melupakan kesan dan pengaruh yang tidak kelihatan , TETAPI memenberikan KETEGUHAN hati dan KEKUATAN bekerja.
Fikirkanlah lebih mendalam..
1)merugigankah atau menguntungkan kepada prestasi kerja, apabila seseorang yang beriman bangun dari tidurnya sebelum matahari terbit, lalu dia membersihkan dirinya dan berwudhu', sembahyang menyembah Allah, menundukkan diri dan berdo'a kepada Allah. Kemudian dia mengahadapi pekerjaan dengan
-hati yang bersih
-badan yang segar
-dada yang lapang
-keyakinan yang kuat
(wah!) :: yaqinkanlah diri anda!
atau.. dibandingkan dengan orang yang bangun bila matahari dah tinggi, kemudian pergi ke tempat kerja dengan
-fikiran yang kusut
-hati yang tak tenteram (kesal)
-dada yang sempit
-tenaga yang malas
?? Mana yang lebih menguntungkan antara keduanya bagi memperbesar kemajuan (produk/hasil)?
anda sudah tahu jawapannya..
Mari lihat pendapat yang lain.
ORANG 1:
"kita kan hamba Allah, kita diciptakan memang untuk beribadah, Wama khalaqtul ins wal jin illa liya'budun.. ikut perintah Allah. hidup untuk beribadah padanya.."
ORANG 2:
"ok, pandangan saya, erm, kita kena fikir kesan kedua2nya. untuk dunia dan akhirat. maksudnya kita buat ibadah tu bukan sia2. saje2 kat dunia ni. tapi untuk kehidupan akhirat kita yang disanalah tempat sebenar2nya kita akan hidup"
ORANG 3:
"kita cuma hidup di dunia hanya 1 hari sahaja! kenapa pula kita sia2kan masa untuk yang lain? tenggelam dalam kehidupan sementara? jelaskan matlamat hidup."
ORANG 4:
"walaupun kita guna banyak masa untuk ibadah, dan punya masa sikit untuk hasilkan kemajuan atau (produksi), tapi masa yang kita ada itu berkat. walau kita baca sikit dikurniakan kefahaman yang LEBIH. tapi orang kafir, punya banyak masa tapi tidak diberkati Allah. Betul tak?"
"sudah terang lagi bersuluh, (*semuanya dah jelas kan?)
masuklah Islam secara menyeluruh, (*baru kita faham mengapa kita buat sesuatu perintahNya)
supaya hati tak rapuh, (*hati masih kental walau dicampak dimana2)
malah punya iman yg SUPERteguh! (*punya iman yg mantap, dpt ajak org lain buat kebaikan)
wallahu A'lam.

Pengganas Yahudi Zionis Menyerang Lagi!

Petang tadi, jurucakap kerajaan haram Yahudi Israel diasak bertubi-tubi oleh wartawan berita Channel 4, sebuah siaran TV di United Kingdom. Ia berkaitan serangan terhadap rombongan kemanusian terdiri dari enam buah kapal di perairan antarabangsa. Rombongan tersebut digelar "Gaza Freedom Flotilla"Dengan muka selamba dan tidak mengendahkan sebarang pertanyaan panas oleh wartawan terbabit. Jurucakap tersebut seperti biasa beralasan bahawa serangan yang dilakukan adalah kerana mempertahankan diri. Walaupun jawapan itu telah diketahui karut dan tidak waras, mereka sama sekali tidak peduli. Senjata juga kononnya dijumpai berada di dalam kapal-kapal terbabit, namun ia hanyalah spanar, pisau, parang dan tukul. Tidak munasabah alat sedemikian boleh dianggap senjata melawan Israel.Egonya ternampak jelas, walau nama United Nations (UN) disebut berkali-kali oleh wartawan sebagai menuntut siasatan dan kecaman serangan dan pembunuhan sekitar 10-20 orang awam dan menyebabkan kecederaan puluhan yang lain selain membuat tangkapan dan serangan di perairan antarabangsa. Kini, semua ahli rombongan sedang ditahan dan kita sangat bimbang apabila terdapat ramai wanita muslimah khususnya dari Turki yang turut ditahan ketika ini.Namun, tiada sebarang rasa hormat atau apa jua kepada apa sahaja nama yang disebut, apa jua kerajaan. Itulah tahap keangkuhan kerajaan haram Yahudi Israel.Serangan dan penahanan itu selain melibatkan warga Malaysia, ia juga melibatkan warga sekitar 41 orang warga British. Keadaan itu memaksa UK untuk bersuara menuntut penyiasatan lengkap dan telus.YAHUDI ISRAEL ADALAH TERRORISTBenar, itulah Yahudi Israel Zionis jika dilhat dari definisi terrorist menurut kerajaan Amerika
'Under Section 3 of Executive Order 13224 "Blocking Property and prohibiting Transactions with Persons who commit, threaten to commit, or support Terrorism", the term "terrorism" means an activity that...(i) involves a violent act or an act dangerous to human life, property, or infrastructure; and(ii) appears to be intended• to intimidate or coerce a civilian population;• to influence the policy of a government by intimidation or coercion; or• to affect the conduct of a government by mass destruction, assassination, kidnapping, or hostage-taking.'
Selain itu, mereka turut menunjuk kuasa melebihi US, Eropah dan dunia apabila tidak mengambil peduli kecaman masyarakat antarabangsa kerana menyerang rombongan kemanusian di perairan antarabangsa. Akhbar Britain, 'The Independent' hari ini turut menyiarkan beberapa kritikan media Israel terhadap tindakan kerajaannya, antara yang paling menarik adalah kata-kata Ben Caspit, di akhbar Isreal, Maariv, katanya:"The Israeli image took a mortal blow and all this happened deep in International Waters and turned Israel into a pirate state".
Memang benarlah apa yang dikatakan, Israel sememangnya negara Lanun yang dihuni oleh lanun-lanun.BANTUAN TERPANTAS KITALa hawla wal Quwwata Illah billah, bantuan terpantas daripada kita buat masa ini adalah qunut nazilah, serta doa buat umat Islam Palestin dan moga Allah s.w.t menghancurkan tentera Israel dengan tenetra MalaikatNya. Jika doa Muslim Palestin tidak mencukupi bagi mendapatkan kemaqbulan di ketika ini, marilah kita sama-sama dengan segera membantu mereka, di harap doa kita mampu membantu mereka dalam kadar segera.Sememangnya ramai yang tidak peduli dengan serangan ini. Pemimpin arab dan barat semuanya akan bermain dengan kata-kata semata-mata. Tanpa menafikan adalah lebih baik pemimpin yang berkata dan mengecam dari yang terus senyap membisu seribu bahasa. Teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin khususnya yang semakin tersekat bantuan asasinya, demikian juga Iraq dan umat Islam, doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, pemimpin Mesir dan sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi ini. Doa kita boleh bacanya sebagai :-a- Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu kita, kita juga dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie kerana anda tidak bergerak besar berturut-turut sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebenar kerana membaca, kemudian terus turun sujud, tiada berturut-turut.b- Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih.c- Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat.d- Dan banyak lagi waktu doa maqbul.TINGKATKAN KEPEDULIANAkhir sekali, tingkatkan kepedulian kita terhadap nasib saudara kita umat Islam.Jangan dirasakan usaha kita sangat kerdil, tidak mampu memberi sebarang kesan. Yakinilah bantuan Allah, sangka baiklah dengan Allah, nescaya Allah bersama hambaNya yang bersangka baik dan mentaatinya.Sebagai sebuah hadis qudsi ertinya:
أنا عند ظن عبدي بي ، وأنا معه إذا ذكرني
Allah menyebut : 'Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, dan aku bersama mereka apabila mereka mengingatiKu.' (Riwayat Muslim)Sebahagian riwayat lain pula berbunyi :-
أنا عند ظن عبدي بي إن ظن خيرًا فله وإن ظن شرًا فله
Ertinya: 'Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, sekiranya mereka bersangka baik, maka akan ditunaikan, jika mereka bersangka buruk, turut akan ditunaikan.'( Riwayat Ahmad, Ibn HIbban) Sumber: Dipetik di sini, serta untuk bacaan doa Qunut Nazilah yang penuh.

MANUSIA TAK MENGENANG BUDI

Pernahkah kita terfikir apakah tujuan sebenar kita diciptakan ke dunia ini. Sedangkan dari sebesar-besar gunung hingga ke sekecil-kecil semut pun ada tujuannya tersendiri, inikan kita yang sempurna dan indah ciptaan-Nya. Maha Suci Allah yang tidak lengah(lalai) pada ciptaan-Nya.
Tidak pernah terdetikkah untuk apa kita dijadikan? Adakah manusia sekadar penghias dunia semata-mata, atau lebih kepada PEROSAK DUNIA?
Maka apakah kamu mengira bahwa kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami?.
(Al-Mu'minun:115).
Jelas bahawa setiap satu ciptaan itu ada tujuannya. Seorang tuan rumah pun akan memarahi pembantu rumahnya, (bibik) jika dia tidak tahu tujuan dia diambil bekerja. Apatah lagi kita manusia ciptaan Allah yang menikmati pelbagai nikmat kurniaanNya.
Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku.
(az-Zariyat: 51)
Allah s.w.t telah berfirman dengan jelas tentang tujuan ini di dalam ayat Al-Quran. Sedarkah kita dengan tugas kita ini???
Dan ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku ingin menjadikan khalifah di bumi". Mereka berkata " Apakah kau hendak menjadikan orang yang merusak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?" Dia berfirman, " Sungguh Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
(Al-Baqarah:30)
Maha suci Allah menjadikan kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Betapa berat dan besar amanah, tugas yang perlu kita pikul. Khalifah berperanan mengurus dan mentadbir bumi mengikut hukum Allah yang telah ditetapkan . Adakah kerja keras kita selama ini hanyalah berusaha untuk mencari kejayaan demi kesenangan sendiri menepati kehendak TUAN KITA INI?.
Adakah Pengarah sebuah syarikat pembinaan akan merasa gembira dengan kerja-kerja pekerjanya yang membina HOTEL walaupun ditugaskan membina deretan rumah kedai?.
Katakanlah (Muhammad), "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin, Mahasuci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik."
(Yusuf:12)
Kita juga berperanan untuk menyambung jejak langkah Rasulullah S.A.W menyeru manusia mencari keredhaan Allah S.W.T. Malulah kita kepada sang semut yang kerdil andai mereka lebih cekap dan effisyen dalam menjalankan tanggungjawabnya. Setelah beraneka rahmat dikurniakan kepada kita dari sihat tubuh badan hingga kepada kebijaksaan dalam pembelajaran, adakah kita masih mahu lari dari tanggungjawab kita ini?.
Andai satu hari nanti segala jenis pinjaman yang kita miliki seperti kekayaan, kesihatan dan kebijaksaan ditarik adakah kita tidak malu merayu meminta agar ianya dikembalikan?. Sedangkan sebelum ini kita tidak pernah peduli tentang TUJUAN ia dipinjamkan kepada kita.


Malangnya kita jika mengabaikan tanggungjawab kita ini. Pastikah kita dimana tempat kita diakhirat kelak? Dunia hanyalah satu OASIS yang perlu kita tinggalkan setelah menjalankan tanggungjawab dan tugas yang diberi. Berilah apa saja alasan kerana sesungguhnya hanya DIA yang mengetahui bila saat kita akan kembali padaNYA.